BERITA UTAMA

Jelajah JobCare: Lebih 800 individu dapat kerja pelbagai sektor tahun lalu

23 Nov 2023, 12:00 PM
Jelajah JobCare: Lebih 800 individu dapat kerja pelbagai sektor tahun lalu
Jelajah JobCare: Lebih 800 individu dapat kerja pelbagai sektor tahun lalu

SHAH ALAM, 23 NOV : Seramai 892 individu mendapat pekerjaan dari pelbagai sektor menerusi Jelajah Jaminan Kerja (JobCare) di sembilan lokasi, tahun lalu.

EXCO Sumber Manusia V Papparaidu berkata program anjuran Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) diteruskan tahun ini bagi memastikan lebih ramai dibantu.

[caption id="attachment_614496" align="aligncenter" width="720"] EXCO Sumber Manusia V Papparaidu menjawab soalan ketika Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 14 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Program ini diyakini mampu membantu kadar pengangguran dan menyumbang kepada produktiviti negara.

"Tahun ini kita sudah menjelajah ke lima daerah dan bakinya dijangka selesai pada bulan depan," kata dalam persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

Sebelum ini, UPPS memaklumkan sebanyak 20,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada rakyat Selangor melalui Jelajah JobCare di sembilan daerah negeri ini.

Inisiatif bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial bakal disertai 120 syarikat tempatan dari pelbagai sektor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619