BERITA UTAMA

Selangor-Jakoa bekerjasama majukan Orang Asli, tumpu program pendidikan

21 Nov 2023, 3:43 AM
Selangor-Jakoa bekerjasama majukan Orang Asli, tumpu program pendidikan
Selangor-Jakoa bekerjasama majukan Orang Asli, tumpu program pendidikan

SHAH ALAM, 21 NOV: Kerajaan Negeri merancang bergerak seiring dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) bagi memastikan hak serta kemajuan golongan minoriti itu ditingkatkan.

EXCO Hal Ehwal Orang Asli dan Minoriti V Papparaidu berkata inisiatif mulai tahun depan bakal menumpukan program peningkatan pendidikan dan kerjaya selain pembangunan infrastruktur.

“Kita merancang kerjasama terutama dalam segmen pembangunan modal insan dan kebajikan merangkumi program peningkatan pendidikan dan kerjaya, kebajikan, kesihatan dan komuniti.

[caption id="attachment_614496" align="alignleft" width="412"] EXCO Sumber Manusia V Papparaidu menjawab soalan ketika Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 14 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Kita juga mahu menumpukan segmen pembangunan sosioekonomi merangkumi infrastruktur dan kemudahan jalan kampung seperti bekalan air, bekalan elektrik, dan kemudahan telekomunikasi,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Bukit Lanjan Pua Pei Ling berhubung hal kebajikan Orang Asli dan minoriti dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Papparaidu menambah Kerajaan Negeri sentiasa melindungi hak tanah Orang Asli dan memastikan tanah adat mereka tidak diceroboh dan dihormati.

Jelasnya, sebarang pencerobohan dilindungi mengikut Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), selain semua tanah Orang Asli diwarta bawah Seksyen 6 atau Seksyen 7, Akta Orang Asli

“Tiada pihak sewenang-wenangnya memasuki tanah atau perkampungan Orang Asli kecuali mendapat kebenaran daripada Jakoa agar pemantauan dapat dilakukan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619