AGENDA

17,301 saringan kesihatan mental dalam tempoh kurang sebulan sejak MyMinda dilancar

20 Nov 2023, 4:29 AM
17,301 saringan kesihatan mental dalam tempoh kurang sebulan sejak MyMinda dilancar

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 20 NOV: Sebanyak 17,301 saringan kesihatan mental dilaksanakan sejak Modul Kesihatan Mental (MyMinda) melalui aplikasi MySejahtera dilancarkan pada Oktober lalu.

Menteri kesihatan berkata daripada jumlah itu sebanyak 3,983 atau 23 peratus saringan didapati mempunyai risiko kemurungan dan 2,592 (15 peratus) pula mempunyai risiko keresahan.

"Individu yang berisiko akan diberikan akses kepada bahan-bahan psiko-pendidikan di dalam MyMinda selain diberikan akses kepada Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau Talian HEAL 15555.

"Pengguna juga boleh mendapatkan akses kepada janji temu perkhidmatan kesihatan mental di semua klinik kesihatan yang dimulakan tahun depan," Dr Zaliha Mustafa menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mengenai pencapaian MyMinda dalam MySejahtera.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata Kementerian Kesihatan juga melaksanakan sesi libat urus bersama universiti, kaunselor dan profesional kesihatan mental swasta bagi mempertingkatkan akses perkhidmatan kesihatan mental kepada rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619