BERITA UTAMA

Negeri seru setiap pangsapuri wujud kebun komuniti, hasilkan tanaman bernilai tinggi

18 Nov 2023, 8:00 AM
Negeri seru setiap pangsapuri wujud kebun komuniti, hasilkan tanaman bernilai tinggi
Negeri seru setiap pangsapuri wujud kebun komuniti, hasilkan tanaman bernilai tinggi
Negeri seru setiap pangsapuri wujud kebun komuniti, hasilkan tanaman bernilai tinggi

SHAH ALAM, 18 NOV: Setiap pangsapuri di Selangor diseru mewujudkan kebun komuniti dengan memberi keutamaan kepada pengeluaran tanaman bernilai tinggi.

EXCO Pembangunan Bandar Lestari Borhan Aman Shah berkata peserta kebun perlu bersedia berubah terhadap cara berfikir, bertindak dan buat keputusan sebagai seorang usahawan.

[caption id="attachment_611736" align="aligncenter" width="718"] EXCO Perumahan Borhan Aman Shah berucap merasmikan Expo Rumah Bpex (Seronoknya Ada Rumah) di Dewan 3 Pusat Pameran Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 4 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Dalam keadaan ekonomi sekarang, amat bersesuaian untuk kebun komuniti beri keutamaan kepada pengeluaran tanaman bernilai tinggi dan ada permintaan, supaya ia boleh beri pulangan modal kepada komuniti tersebut dan badan pengurusan bersama (JMB).

"Dalam keadaan harga jualan makanan meningkat begitu tinggi ketika ini, usaha penanaman sayuran berkelompok di kawasan terbiar, kediaman atau pangsapuri dapat mengurangkan sedikit sebanyak keperluan setempat.

"Paling tidak ia membantu keperluan isi rumah dan idea ini perlu diketengahkan sebagai usaha berterusan supaya dapat mengurangkan kebergantungan sayuran luar semata-mata," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Anugerah Laman Hijau tahun 2023 di Pusat Konvensyen Midlands Seksyen 7 di sini hari ini.

Dalam majlis itu, JMB Kebun Komuniti Pegaga bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dinobat sebagai juara sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai RM8,000.

[caption id="attachment_614035" align="aligncenter" width="727"] EXCO Pembangunan Bandar Lestari Borhan Aman Shah menyampaikan anugerah kepada badan pengurusan bersama (JMB) terbaik pada Hari Anugerah Laman Hijau tahun 2023 di Pusat Konvensyen Midlands Seksyen 7 Shah Alam. Foto SHEEDA FATHIL/SELANGORKINI[/caption]

Borhan yang juga EXCO Perumahan percaya program laman hijau dan kebun komuniti adalah cara terbaik mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti khususnya di kediaman strata.

"Saya berharap penganjuran hari anugerah ini memberi inspirasi kepada setiap komuniti pangsapuri untuk melihat kebun mereka bukan hanya sebagai tanah yang ditanami tetapi sebagai asas pembinaan kelestarian dan kesatuan masyarakat.

"Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dan yang tidak memenangi apa-apa teruskan usaha, jadikan ia sebagai motivasi untuk lebih berjaya pada tahun akan datang," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619