AGENDA

KPM kemuka lima SOP jika berlaku kes buli di sekolah

14 Nov 2023, 5:39 AM
KPM kemuka lima SOP jika berlaku kes buli di sekolah

SHAH ALAM, 14 NOV: Hubungi ibu bapa atau penjaga mangsa dan pelaku kes buli antara lima tatacara operasi piawai (SOP) dilaksana pihak sekolah setiap kali berlaku aduan mengenai kes tersebut.

Menteri pendidikan berkata pelajar terlibat juga akan dihantar ke klinik atau hospital kerajaan berhampiran sekiranya mengalami kecederaan fizikal atau gangguan emosi.

Menurut Fadhlina Sidek, pihak sekolah perlu memastikan aduan salah laku pelajar yang diterima direkodkan dalam Sistem Sahsiah Diri Murid.

"Pihak sekolah perlu memastikan pelaksanaan SOP pelaporan dan tindakan menangani isu disiplin murid dengan satu hari aduan, tiga hari siasatan dan tujuh hari penyelesaian.

"Kemudian, pihak sekolah perlu mengemukakan lampiran awal kepada Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia," katanya.

Beliau menjawab soalan Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) yang ingin mengetahui apakah SOP sekolah setiap kali berlaku aduan mengenai kes membuli di Dewan Rakyat hari ini.

Fadhlina yang juga ahli parlimen Nibong Tebal berkata kes buli yang tidak berkaitan dengan kesalahan jenayah akan dikendali pihak sekolah mengikut kategori kesalahan disiplin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619