EXCO

EXCO: Perkukuh usaha tingkat ekonomi, infrastruktur luar bandar

12 Nov 2023, 4:01 AM
EXCO: Perkukuh usaha tingkat ekonomi, infrastruktur luar bandar

SHAH ALAM, 12 NOV: Belanjawan negeri tahun depan akan memperkasa ekonomi dan infrastruktur luar bandar sekali gus menyeimbangkan pembangunan antara kawasan.

EXCO kemajuan desa berkata peruntukan masing-masing RM4 juta bagi menaik taraf kemudahan awam dan pemberdayaan ekonomi desa membolehkan pelbagai agenda dilaksanakan termasuk menyusun sistem kepimpinan desa di bawah Gagasan Rumpun Selangor.

"Terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dengan peruntukan RM4 juta bagi kemudahan awam desa dan projek naik taraf jalan luar bandar manakala RM4 juta lagi bagi pemberdayaan ekonomi dan pembangunan desa.

"Saya juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kerana turut mengangkat cadangan saya untuk memperkenal Gagasan Rumpun Selangor di dalam usaha menyemarakkan perpaduan dalam kalangan warga Rumpun Selangor," katanya menerusi kenyataan.

Dato’ Menteri Besar ketika membentang Belanjawan Selangor 2024 pada Jumaat, memperkenalkan Gagasan Rumpun Selangor bagi meraikan kepelbagaian dan menyemarak semangat perpaduan di negeri ini.

Amirudin berkata Karnival dan Jelajah Perpaduan Rumpun Selangor diadakan di sembilan daerah dengan peruntukan RM4.5 juta.

Pelbagai pengisian menarik diadakan antaranya jualan murah, sukan rakyat, saringan kesihatan, jerayawara, gotong-royong dan program bimbingan kerjaya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619