AGENDA

Jumlah mangsa banjir di Selangor, Perak menurun setakat pagi ini

12 Nov 2023, 3:11 AM
Jumlah mangsa banjir di Selangor, Perak menurun setakat pagi ini

KUALA LUMPUR, 12 NOV: Keadaan banjir di Selangor dan Perak menunjukkan perkembangan positif hari ini apabila jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu terus menurun pagi ini.

Di SELANGOR, seramai 192 penduduk daripada 49 keluarga masih berada di empat PPS berbanding berbanding 225 orang daripada 58 keluarga yang dilaporkan malam tadi.

Laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan empat PPS yang masih beroperasi ialah Dewan Orang Ramai Jenderam Hilir, Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil dan Dewan Orang Ramai Dengkil di daerah Sepang, serta Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang di Kuala Langat.

Di PERAK, jumlah mangsa semakin berkurangan dengan 423 penduduk daripada 127 keluarga berbanding 432 orang daripada 130 keluarga malam tadi yang masih ditempatkan di lima PPS di Hilir Perak dan Kerian.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan di Hilir Perak, 169 orang daripada 52 keluarga masih berada di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak manakala PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan pula menempatkan seramai 70 orang daripada 24 keluarga.

"Seramai 40 mangsa daripada 11 keluarga pula ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Chikus.

"Mangsa banjir di daerah Kerian pula berkurang kepada 87 orang daripada 21 keluarga yang ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga masih kekal berlindung di PPS SK Alor Pongsu,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619