AGENDA

MSN Selangor manfaat dana RM8 juta, persiap kontinjen hadapi SUKMA 2024

11 Nov 2023, 8:40 AM
MSN Selangor manfaat dana RM8 juta, persiap kontinjen hadapi SUKMA 2024

SHAH ALAM, 11 NOV: Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor akan memanfaatkan sepenuhnya peruntukan RM8 juta bagi mempersiap kontinjen menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak tahun depan.

Pengarah Eksekutifnya Mohamad Nizam Marjugi tekad memenuhi keperluan atlet supaya mereka mampu bersaing dengan negeri yang mempunyai peruntukan besar dan juara SUKMA 2023.

“Bagi pihak MSNS, saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana cakna dan memberi perhatian terhadap pembangunan sukan negeri ini.

“Peruntukan akan digunakan sebaiknya untuk menghadapi SUKMA 2024. Walaupun 37 sukan dipertanding, tertinggi pernah dianjurkan, kita akan pastikan semua keperluan kontinjen dipenuhi,” katanya.

Beliau juga menyambut baik kesinambungan inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) sejak 2020, dengan peserta menerima tunai RM500 dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bernilai RM50.

“Ini jelas menggambarkan keprihatinan pentadbiran ini terhadap keperluan penunggang p-panggilan, sekali gus memastikan tiada golongan tertinggal daripada menikmati bantuan kerajaan,” katanya.

Belanjawan Selangor 2024 yang dibentang semalam turut memperuntuk RM10 juta bagi pasukan Selangor FC memburu gelaran juara Liga Super dan Piala Malaysia.

Selain itu, RiDE yang sebelum ini memfokuskan industri p-panggilan akan diperluas kepada pemandu e-panggilan membabitkan peruntukan RM1 juta.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619