PBT

Peniaga sekitar MPAJ diminta perbaharui lesen, elak denda maksimum RM1,000

8 Nov 2023, 12:30 PM
Peniaga sekitar MPAJ diminta perbaharui lesen, elak denda maksimum RM1,000
Peniaga sekitar MPAJ diminta perbaharui lesen, elak denda maksimum RM1,000

SHAH ALAM, 8 NOV : Peniaga atau penjaja di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) diminta perbaharui lesen perniagaan sebelum 1 Januari 2024.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerusi Facebook memaklumkan pembaharuan lesen boleh dibuat secara dalam talian bagi mengelakkan tindakan kompaun maksimum RM1,000 dikenakan.

Permohonan boleh dibuat menerusi https://icomm.mpaj.gov.my (pembaharuan lesen premis perniagaan) atau melalui https://intranet.mpaj.gov.my/penjaja/login.php (pembaharuan lesen penjaja).

"Bagaimanapun, bagi memudahkan pemilik premis perniagaan dan penjaja, mereka boleh perbaharui lesen di Galeri aras 4, Menara MPAJ sehingga 31 Disember 2023 (kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum).

"Selain itu, kaunter turut dibuka di aras 1, Melawati Mall sehingga hujung Disember. Kaunter beroperasi pada jam 10 pagi hingga 5 petang (hari bekerja termasuk Sabtu dan Ahad minggu satu dan tiga sahaja)," katanya.

Namun, pemilik serta penyewa premis perniagaan juga diingat menjelaskan cukai taksiran termasuk semua tunggakan sebelum memperbaharui lesen.

"Sekatan bagi sebarang perkhidmatan MPAJ akan dilaksanakan melalui Sistem Kelulusan Bersepadu secara manual bermula 1 Oktober 2023 sekiranya terdapat tunggakan cukai taksiran," kata PBT itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619