BERITA UTAMA

Belanjawan dijangka tumpu sektor perumahan, perkenal inisiatif baharu

5 Nov 2023, 4:00 AM
Belanjawan dijangka tumpu sektor perumahan, perkenal inisiatif baharu
Belanjawan dijangka tumpu sektor perumahan, perkenal inisiatif baharu
Belanjawan dijangka tumpu sektor perumahan, perkenal inisiatif baharu

KUALA LUMPUR, 5 NOV: Sektor perumahan dan hartanah dijangka terus diberi tumpuan dalam Belanjawan Selangor 2024 yang bakal dibentang pada 10 November depan.

EXCO Perumahan Borhan Aman Shah turut menjangkakan beberapa inisiatif baharu berkaitan perumahan turut dibentangkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari nanti.

[caption id="attachment_611736" align="aligncenter" width="802"] EXCO Perumahan Borhan Aman Shah berucap merasmikan Expo Rumah Bpex (Seronoknya Ada Rumah) di Dewan 3 Pusat Pameran Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 4 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Antara yang saya nampak bajet ini akan menjurus juga kepada perumahan. Jadi saya rasa (ada) inisiatif-inisiatif terbaru yang akan diumumkan nanti.

“Kita tunggulah pada 10 November. Insya-Allah akan ada juga insiatif terbaru yang melibatkan perumahan khususnya di Selangor,” katanya selepas merasmikan merasmikan Expo Rumah BPEX di Pusat Pameran Mid Valley di sini, semalam.

[caption id="attachment_611656" align="aligncenter" width="813"] EXCO Perumahan Borhan Aman Shah (kiri) melawat reruai pameran selepas merasmikan Expo Rumah Bpex (Seronoknya Ada Rumah) di Dewan 3 Pusat Pameran Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 4 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Pada 30 September, Dato' Menteri Besar berkata pentadbirannya optimis untuk mencapai sasaran membina 60,000 unit Rumah Selangorku menjelang 2025.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata 45,000 unit rumah berkenaan dijangka siap dibina menjelang akhir tahun ini.

Amirudin dijadual membentangkan Belanjawan Selangor 2024 dalam sidang Dewan Negeri Selangor pada 10 November depan. Dewan dijadual bersidang hingga 24 November.

Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung pembentangan berkenaan melalui laman sesawang SelangorTV selain Facebook Media Selangor dan Amirudin Shari.

Laporan berita pula boleh diikuti melalui Selangorkini selain versi bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil manakala edisi cetak berbahasa Melayu terbit keesokannya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619