ADN

Karnival DUN Dusun Tua Sabtu ini, 500 pengunjung awal terima barangan asas percuma

1 Nov 2023, 2:00 PM
Karnival DUN Dusun Tua Sabtu ini, 500 pengunjung awal terima barangan asas percuma

SHAH ALAM, 1 NOV: Seramai 500 pengunjung terawal karnival Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua pada Sabtu ini berpeluang menerima barangan asas seperti beras, gula dan minyak masak secara percuma.

Wakil rakyatnya Datuk Johan Abd Aziz berkata Karnival Ehsan Rakyat DUN Dusun Tua: Edisi Kongsi Rezeki diadakan mulai 8.30 pagi hingga 2.30 petang di tapak pasar pagi Batu 14, Hulu Langat.

"Sempena karnival ini, seramai 500 pengunjung awal berpeluang menerima beras, gula dan minyak masak secara percuma.

“Turut disediakan program ‘free market’ yang memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan makanan, minuman serta barangan terpilih secara percuma.

“Aktiviti lain termasuk cabutan bertuah, pemeriksaan kesihatan, pameran agensi kerajaan, pertandingan mewarna dan persembahan artis Pentarama,” katanya.

Menurut Johan, semua penduduk DUN Dusun Tua dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan karnival berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619