ADN

Cadang tubuh pasukan khas selesai isu sampah haram di Dusun Tua

17 Ogos 2023, 3:46 AM
Cadang tubuh pasukan khas selesai isu sampah haram di Dusun Tua

SHAH ALAM, 17 OGOS: Wakil rakyat Dusun Tua berhasrat menubuhkan pasukan petugas khas bagi mengkaji masalah pembuangan sampah haram di kawasan itu terutama dalam kampung.

Menerusi video di Twitter, Datuk Johan Abd Aziz memandang serius perkara itu yang boleh mengundang isu pencemaran sungai dan bau serta alam sekitar jika tidak dikawal.

"Saya sudah bincang dengan yang dipertua (Majlis Perbandaran Kajang) dan Ahli Parlimen (Hulu Langat Mohd Sany Hamzan) untuk wujudkan pasukan petugas secepat mungkin.

"Sudah sampai masanya kena buat kajian mendalam serta (cari) penyelesaian jangka pendek dan panjang untuk mengatasi masalah pembuangan sampah," katanya.

Beliau turut meninjau timbunan sampah di Batu 18, Hulu Langat berhampiran jalan utama, yang dipercayai dilakukan orang awam, pengusaha restoran serta inap desa.

"Saya lihat ada kulit limau, durian dan nasi dalam kuantiti banyak. Itu bukan sampah dari rumah. Ini bermakna pengusaha restoran juga buang sampah. Kita akan kaji pengusaha terbabit," tegasnya.

Sebelum ini, Johan memaklumkan penambahbaikan sistem pengurusan sampah di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan merupakan salah satu manifestonya dalam kempen pilihan raya negeri.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619