ADN

Program tukar barang terpakai dapat tunai diperluas, galak penduduk asing sampah

27 Okt 2023, 6:30 AM
Program tukar barang terpakai dapat tunai diperluas, galak penduduk asing sampah

SHAH ALAM, 27 OKT: Program ‘Trash for Cash’ anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing diperluas ke Seksyen 6 Petaling Jaya bermula esok.

Wakil rakyatnya Rajiv Rishyakaran berkata program itu memberi peluang orang ramai menukar barangan kitar semula seperti besi, kertas, plastik dan kaca dengan wang tunai.

Katanya, program yang sebelum ini dilaksanakan di hadapan Pangsapuri Damansara Bistari, Seksyen 19 kini diperluas ke RT Activity Centre, Seksyen 6 Petaling Jaya.

“Orang ramai boleh menyerahkan barangan di lokasi ditetapkan bermula 10 pagi hingga 12 tengah hari pada setiap Sabtu minggu kedua dan keempat setiap bulan.

“Namun bagi lokasi terbaharu kutipan hanya pada minggu keempat sahaja sepanjang tahun yang bermula 28 Oktober,” katanya di Facebook.

Rajiv berkata program dengan kerjasama syarikat Trashcycle Malaysia itu berjaya mengumpulkan kira-kira 800 kg barangan kitar semula pada setiap sesi kutipan.

“Diharap dengan tambahan lokasi ini dapat menggalakkan lebih ramai penduduk membuat pengasingan sampah,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619