ADN

Tukar barangan kitar semula kepada wang tunai Sabtu ini

25 Jan 2023, 2:15 AM
Tukar barangan kitar semula kepada wang tunai Sabtu ini

SHAH ALAM, 25 JAN: Orang ramai berpeluang menukar barangan kitar semula dengan wang tunai pada Program 'Trash for Cash' di Lek Seng Kopitiam Seksyen 19, Petaling Jaya, Sabtu ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran berkata orang ramai boleh membawa pelbagai jenis barangan kitar semula termasuk besi, kertas atau kaca untuk ditukar dengan wang tunai.

"Barang mereka akan ditimbang terlebih dulu dan ditentukan harganya.

"Bawa apa saja barangan kering yang boleh dikitar semula seperti kertas, surat khabar, besi atau botol kaca untuk anda tukar dengan wang tunai," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Rajiv, program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing dengan kerjasama syarikat Trashcycle Malaysia itu bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

"Kita bercadang untuk melaksanakan program ini secara berkala jika mendapat sambutan menggalakkan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619