AGENDA

Bantuan kewangan haji bersasar diteruskan tahun depan

24 Okt 2023, 7:06 AM
Bantuan kewangan haji bersasar diteruskan tahun depan

SHAH ALAM, 24 OKT: Lembaga Tabung Haji (TH) akan meneruskan bantuan kewangan secara bersasar untuk jemaah berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) pada musim haji akan datang.

Menteri hal ehwal agama berkata insiatif melalui Bantuan Kewangan Haji yang diperkenalkan mulai musim haji lepas selaras dengan hasrat kerajaan untuk menstruktur semula subsidi.

“Pada tahun 2023, TH mula melaksanakan klasifikasi jemaah haji mengikut kategori berpendapatan rendah (B40), berpendapatan menengah (M40) dan berpendapatan tinggi (T20).

“TH akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji bagi membantu jemaah haji muassasah yang menunaikan haji buat pertama kali dan kurang pendapatan untuk mencukupkan perbelanjaan tunai haji mereka," kata Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Jamaludin Yahya (PN-Pasir) pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Jelas beliau, seramai 67 jemaah kategori B40 dan M40 pada musim haji lepas menolak bantuan kewangan dengan membayar penuh kos menunaikan haji kerana berpegang syarat istitho’ah atau kemampuan dalam kewajipan menunaikan ibadah itu.

“Manakala seramai 396 jemaah B40 dan M40 pula mengambil inisiatif mengurangkan kebergantungan mereka terhadap bantuan kewangan haji, dengan membuat pembayaran tambahan antara RM1,000 hingga RM12,000 berbanding bayaran minima haji yang dikenakan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619