BERITA UTAMA

EXCO: Selangor giat teroka teknologi baharu, perkasa pertanian moden

21 Okt 2023, 7:27 AM
EXCO: Selangor giat teroka teknologi baharu, perkasa pertanian moden
EXCO: Selangor giat teroka teknologi baharu, perkasa pertanian moden

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Selangor giat meneroka teknologi baharu bagi memperkasa sektor pertanian moden sekali gus menjamin bekalan makanan di negeri ini.

EXCO pelaburan perdagangan berkata negeri tekad memajukan industri terbabit menggunakan teknologi baharu bertujuan mendapat hasil yang lebih tinggi bagi menampung keperluan rakyat.

“Pertanian moden merupakan fokus Kerajaan Negeri. Kita perlu memperbanyakkan lagi pertanian moden menggunakan teknologi baharu (tetapi) masalah sekarang teknologi.

“Kita perlu guna teknologi baharu dengan krisis perubahan iklim, (kekurangan) tenaga kerja dan tanah terhad,“ kata Ng Sze Han ditemui pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

[caption id="attachment_609222" align="aligncenter" width="773"] EXCO Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han bersama Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Dato' Hasan Azahari Idris bergambar bersama selepas meyaksikan penukaran perjanjian pesefahaman (MoU) ketika Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa (SIBS) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 21 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, beliau menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Invest Selangor Berhad (Invest Selangor) dan Universiti Putra Malaysia bagi memajukan sektor bioteknologi.

Sementara itu, Sze Han menyifatkan penyertaan 33 peratus syarikat industri makanan dan minuman (F&B) luar negara daripada lebih 1,000 pempamer pada SIBS edisi ketujuh sebagai permulaan yang baik untuk memajukan sektor berkaitan.

“Dengan kerjasama negara asing seperti China, Taiwan, Uganda dan Indonesia, kita tidak hanya bergantung kepada satu dua negara bagi bekalan makanan, sebaliknya boleh mempelbagai sumber.

“Pengusaha pertanian di Malaysia juga dapat berkongsi pengalaman dalam pertanian moden,” katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619