AGENDA

Invest Selangor anjur malam penghargaan SIBS, hargai penaja, pempamer

21 Okt 2023, 2:41 AM
Invest Selangor anjur malam penghargaan SIBS, hargai penaja, pempamer
Invest Selangor anjur malam penghargaan SIBS, hargai penaja, pempamer
Invest Selangor anjur malam penghargaan SIBS, hargai penaja, pempamer

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Invest Selangor Berhad (Invest Selangor) menganjurkan malam penghargaan bagi menghargai penaja dan pempamer yang terlibat dalam Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Haris Kasim, EXCO Pelaburan Ng Sze Han dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Dato’ Hasan Azhari Idris hadir pada majlis berkenaan.

Ketika berucap Hasan Azhari berkata pihaknya menghargai peserta dan pempamer yang terlibat dalam sidang kemuncak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama empat hari bermula 19 Oktober lalu.

[caption id="attachment_609156" align="aligncenter" width="761"] Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad (Invest Selangor) Dato' Hasan Azhari Idris berucap pada majlis malam penghargaan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Mandarin Oriental pada 20 Oktober 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Penyertaan peserta dalam program mega ini menunjukkan sidang kemuncak ini relevan selain menjadi platform kepada peniaga dan pelabur berurus niaga.

“Saya percaya komuniti perniagaan ini bukti bahawa Kerajaan Selangor komited dalam menyediakan peluang kepada peniaga untuk terus maju dan berkembang,” katanya.

SIBS 2023 yang memasuki edisi ketujuh membuka tirai pada 19 Oktober lalu di KLCC dengan sasaran potensi nilai jualan RM1.5 bilion dan ia berlangsung hingga esok.

[caption id="attachment_609155" align="aligncenter" width="776"] Antara tetamu dalam program malam penghargaan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Mandarin Oriental pada 20 Oktober 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Menyediakan hampir 1,050 reruai dengan jangkaan 50,000 pengunjung termasuk pelawat dari luar negara, SIBS yang dianjurkan sejak 2015 membuka potensi penerokaan bidang baharu termasuk inovasi dan teknologi selain menjamin masa depan generasi muda.

Antara negara yang menyertai SIBS kali ini ialah China, Itali dan United Kingdom.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619