AGENDA

MB: Selangor manfaat teknologi tempatan, pupuk budaya inovasi, pacu ekonomi negeri

22 Okt 2023, 2:02 PM
MB: Selangor manfaat teknologi tempatan, pupuk budaya inovasi, pacu ekonomi negeri
MB: Selangor manfaat teknologi tempatan, pupuk budaya inovasi, pacu ekonomi negeri
MB: Selangor manfaat teknologi tempatan, pupuk budaya inovasi, pacu ekonomi negeri

KUALA LUMPUR, 22 OKT: Kerajaan Selangor memanfaatkan inovasi tempatan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap teknologi dan produk luar negara.

Dato’ Menteri Besar berkata pendekatan itu meletakkan Selangor sebagai hab inovasi di rantau ini sekali gus menarik pelaburan yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi negeri.

“Produk (inovasi) dari luar negara mudah terganggu dalam rantaian bekalan. Jadi kita manfaatkan inovasi tempatan untuk meningkatkan daya tahan dan keselamatan ekonomi.

“Apabila kita melabur dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi secara dalaman, secara tidak langsung dapat menyediakan peluang pekerjaan berkepakaran tinggi untuk rakyat Malaysia,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

[caption id="attachment_609493" align="aligncenter" width="796"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) meyaksikan petukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Pejabat Setiausaha Kerjaan Negeri Selangor dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) ketika Majlis Apresiasi Inovasi Negeri Selangor pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) pada 22 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berucap pada Ekspo Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (SRIE) sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Amirudin menambah pembangunan teknologi tempatan juga dapat memupuk budaya inovasi dan keusahawanan seterusnya mengekalkan bakat bijak pandai untuk terus menabur bakti di Selangor.

“Dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1), kita akan menjumpai banyak kata kunci ‘R&D’ dan ‘inovasi’. Ini menandakan peri pentingnya pembangunan teknologi tempatan.

“Ini menunjukkan komitmen penuh Kerajaan Selangor dalam pembangunan perniagaan tempatan berteknologi tinggi,” katanya.

[caption id="attachment_609448" align="aligncenter" width="794"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis Apresiasi Inovasi Negeri Selangor pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) pada 22 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619