BERITA UTAMA

Tumpu program pencegahan, galak lebih ramai buat pemeriksaan kesihatan

15 Okt 2023, 12:18 AM
Tumpu program pencegahan, galak lebih ramai buat pemeriksaan kesihatan

KLANG, 15 OKT: Kerajaan Negeri bercadang memperkasa sektor kesihatan awam tahun depan dengan menumpukan kepada program berbentuk pencegahan.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin berkata mencegah sesuatu penyakit adalah amat penting bagi mengelak sebarang komplikasi lebih kronik.

"Saya telah berbincang dengan pihak Upen (Unit Perancang Ekonomi) Selangor iaitu kita berpendapat bahawa sebenarnya penting untuk melakukan program berbentuk pencegahan.

"Tahun depan kita berhasrat perbanyak program pencegahan dan menggalakkan lebih ramai individu membuat saringan kesihatan untuk kenal pasti penyakit pada peringkat awal," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Anak Selangor Anak Sihat (ASAS) yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (1) Jalan Batu Tiga di sini semalam.

Mengulas harapan beliau menerusi belanjawan negeri tahun depan, Jamaliah berkata pihaknya akan memastikan peruntukan bagi portfolio kesihatan dapat dimanfaatkan sebaiknya.

"Setiap EXCO sudah pasti mahukan tambahan dana tetapi ia bergantung kepada arah tuju pembangunan dirancang Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

"Namun, sekiranya ada tambahan dana mahupun tidak kita akan memastikan peruntukan portfolio kesihatan dapat dioptimumkan atau prestasi tinggi daripada aspek kesihatan awam," ujarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619