ad
BERITA UTAMA

Pemeriksaan kesihatan percuma di Hari Sukan Negara MPKj Ahad ini

9 Okt 2023, 10:00 AM
Pemeriksaan kesihatan percuma di Hari Sukan Negara MPKj Ahad ini
Pemeriksaan kesihatan percuma di Hari Sukan Negara MPKj Ahad ini

SHAH ALAM, 9 OKT: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menganjurkan Hari Sukan Negara daerah Hulu Langat dan Bandar Baru Bangi Pagi Tanpa Kenderaan pada 15 Oktober ini.

MPKj menerusi Facebook memaklumkan program dari jam 6.30 hingga 11 pagi di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi akan diserikan dengan pemeriksaan kesihatan percuma oleh pusat kesihatan KPMC.

Antara aktiviti menarik termasuk 500 peserta terawal yang membawa barangan kitar semula berpeluang menerima t-shirt dan beg eksklusif.

Selain itu acara berbasikal, 'fun walk', 'inflatable playground', seni pasir, pertandingan mewarna, pertunjukan badut, muzik jalanan serta cabutan bertuah.

Turut diadakan aktiviti senamrobik, jualan kendera saji serta pameran daripada pelbagai agensi dan institusi pendidikan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.