AGENDA

PRK Pelangai: Pusat undi ditutup, 69 peratus keluar tunai tanggungjawab

7 Okt 2023, 10:12 AM
PRK Pelangai: Pusat undi ditutup, 69 peratus keluar tunai tanggungjawab

BENTONG, 7 OKT: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang bermula 8 pagi selesai selepas semua pusat mengundi ditutup pada 6 petang.

Semua peti undi dari sembilan pusat pengundian melibatkan 30 saluran akan dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini sebelum keputusan rasmi diumum, yang dijangka pada 9 malam ini.

Setakat 4 petang, sejumlah 69 peratus telah keluar mengundi pada PRK itu, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Seramai 16,456 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing termasuk 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Bagaimanapun, tiada pusat mengundi awal dibuka walaupun tarikhnya ditetapkan pada 3 Oktober selepas SPR mengeluarkan 73 kertas undi kepada yang layak mengundi secara pos pada PRK itu.

PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional Kasim Samat dan calon Bebas Haslihemly DM Zulhasli yang menggunakan simbol kereta.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619