AGENSI

Jelajah JobCare: 153 individu diterima bekerja pelbagai sektor

5 Okt 2023, 2:10 PM
Jelajah JobCare: 153 individu diterima bekerja pelbagai sektor

SHAH ALAM, 5 OKT: Seramai 153 daripada 907 individu yang menghadiri temu duga melalui empat siri Jelajah JobCare anjuran Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) diterima bekerja dalam pelbagai sektor.

Ketua Penyelarasnya S Vijayan berkata seramai 481 individu yang menyertai jelajah kerjaya bermula 26 Ogos lalu turut dipanggil menghadiri temu duga kali kedua.

“Sambutan sangat menggalakkan yang menyaksikan orang ramai terutama pencari kerja dan graduan universiti tidak melepaskan peluang menyertai jelajah ini di lokasi berhampiran mereka.

“Di setiap lokasi, lebih 3,000 peluang pekerjaan disediakan membabitkan penyertaan keseluruhan 81 majikan. Kami berterima kasih kepada majikan yang memberi kerjasama menjayakan jelajah ini,” katanya kepada Selangorkini.

Setakat ini, Jelajah JobCare diadakan di Universiti Cyberjaya, Sepang; Pusat Komuniti Gombak; Yayasan Selangor, Petaling Jaya dan Safety Driving Centre (Sel) Sdn Bhd, Petaling Jaya.

Antara majikan terlibat di empat lokasi itu Prasarana Malaysia Berhad, MyTeksi Sdn Bhd, Gerbang Alaf Restaurant Sdn Bhd, The Chicken Rice Shop, Aeon Co (M) Bhd dan 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd.

Syarikat lain termasuk 99 SpeedMart Sdn Bhd, Avisena Healthcare Sdn Bhd, Bangi Resort Hotel Sdn Bhd, Bukit Tinggi Hospital Sdn Bhd dan Perodua.

Sebelum ini, UPPS memaklumkan sebanyak 20,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada rakyat Selangor melalui Jelajah JobCare di sembilan daerah negeri ini.

Inisiatif bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal disertai 120 syarikat tempatan pelbagai sektor dengan penganjuran seterusnya dijadual di Dewan Hamzah, Klang pada 21 Oktober.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619