AGENSI

Hampir 900 individu dapat kerja melalui Jelajah JobCare tahun lalu

3 Jul 2023, 11:00 AM
Hampir 900 individu dapat kerja melalui Jelajah JobCare tahun lalu
Hampir 900 individu dapat kerja melalui Jelajah JobCare tahun lalu
Hampir 900 individu dapat kerja melalui Jelajah JobCare tahun lalu

SHAH ALAM, 3 JULAI: Seramai 892 peserta mendapat pekerjaan melalui Jelajah JobCare anjuran Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) di sembilan lokasi tahun lalu.

Ketua Penyelarasnya Vijayan Subramaniam menyifatkan angka itu sebagai petanda positif dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran di Selangor yang kini mencatat 2.6 peratus.

[caption id="attachment_510075" align="aligncenter" width="725"] Ketua Penyelaras Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) Vijayan Subramaniam bercakap pada sidang media Jelajah JobCare di ibu pejabat UPPS, Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Seksyen 15, Shah Alam pada 23 Februari 2022. Foto ZAREEF MUZAMMIL/SELANGORKINI[/caption]

“Di setiap daerah dianggarkan antara 90 hingga 100 individu ditawar kerja dalam pelbagai bidang. Kita menganggap siri pertama tahun lalu berjaya, apatah lagi ramai yang berdepan kesukaran mencari kerja pada waktu itu.

“Kita harap angka itu bertambah menerusi penganjuran sama tidak lama lagi, sekali gus menyahut seruan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari untuk mengekalkan kadar pengangguran bawah tiga peratus,” katanya ketika dihubungi.

Memasuki tahun kedua penganjuran, Jelajah JobCare di sembilan daerah mulai 22 Julai menawarkan 20,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor, berbanding 3,000 pada edisi lepas.

Inisiatif dengan kerjasama bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) disertai 120 syarikat tempatan antaranya sektor pembuatan, pelancongan dan pengangkutan.

[caption id="attachment_522239" align="aligncenter" width="773"] Sebahagian peserta yang menghadiri temu duga pada program Jelajah JobCare di Dewan Utama Demesne, Hulu Langat pada 21 Mei 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Selain jelajah seumpama itu, Vijayan memberitahu pihaknya turut mengadakan temu duga secara hibrid dan terus di pejabat UPPS di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini tahun lepas.

Beliau memaklumkan kaedah itu berjaya menghimpunkan kira-kira 2,000 pencari kerja daripada golongan berkemahiran rendah, sederhana dan tinggi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619