BERITA UTAMA

Pembangunan Sabak Bernam lonjak ekonomi setempat, peluang kerja bergaji tinggi

3 Okt 2023, 1:30 PM
Pembangunan Sabak Bernam lonjak ekonomi setempat, peluang kerja bergaji tinggi
Pembangunan Sabak Bernam lonjak ekonomi setempat, peluang kerja bergaji tinggi

SUBANG JAYA, 3 OKT: Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA) yang terkandung dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) akan melonjak ekonomi penduduk setempat.

EXCO kemajuan desa dan luar bandar berkata pembangunan merangkumi enam projek mega yang dijangka beroperasi mulai 2025 turut membuka banyak peluang pekerjaan bergaji tinggi.

“Projek mega ini menarik pelaburan sebanyak RM1.9 bilion dan dijangka menawarkan hampir 3,600 kerjaya bergaji tinggi. Ini menjadi pemangkin kepada pendapatan penduduk terutama sekitar Sabak Bernam.

“Dalam masa sama, kita dapat mengurangkan penghijrahan terutama golongan muda ke bandar,” kata Datuk Rizam Ismail ketika sesi wawancara bersama Media Selangor hari ini.

[caption id="attachment_605840" align="aligncenter" width="701"] EXCO Kemajuan Desa dan Luar Bandar Datuk Rizam Ismail ketika wawancara bersama Media Selangor di Saujana Hotel Kuala Lumpur, Shah Alam pada 3 Okt. 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Air Tawar itu turut memberi jaminan keaslian persekitaran terutama di sekitar kampung tradisi kekal meskipun pembangunan berlaku.

“Pembangunan SABDA akan dilaksana tetapi kita tidak akan usik kawasan desa. Kita mahu pelihara kawasan berkenaan sebagai tarikan untuk pelancongan,” katanya.

Melibatkan pembangunan tanah seluas 1,317 hektar, SABDA merangkumi enam projek utama antaranya Smart Selangor Agro Park di Changkat Menteri, Pusat Perikanan berteknologi tinggi di Sekinchan dan Pusat Perniagaan Air Manis.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619