AGENDA

Kerajaan perbanyak kempen kesedaran kesihatan, kurangkan pesakit hidap penyakit tidak berjangkit

1 Okt 2023, 1:00 PM
Kerajaan perbanyak kempen kesedaran kesihatan, kurangkan pesakit hidap penyakit tidak berjangkit
Kerajaan perbanyak kempen kesedaran kesihatan, kurangkan pesakit hidap penyakit tidak berjangkit

SHAH ALAM, 1 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperbanyak kempen kesedaran kesihatan awam bagi mengurangkan kadar pesakit penyakit tidak berjangkit (NCD) di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata kempen dirancang seperti 'Ambil 1 Sudu Gula Dalam Setiap Makanan' dan ‘Banyakkan Makan Sayur'.

Beliau memaklumkan kerjasama juga akan dijalin dengan pihak swasta serta pusat beli-belah seluruh negara bagi mengadakan program larian dan saringan kesihatan.

“Saringan kesihatan misalnya akan memudahkan orang ramai membuat pemeriksaan bagi mengenal pasti status kesihatan selain langkah pencegahan awal yang perlu diambil,” katanya.

[caption id="attachment_605536" align="aligncenter" width="801"] Orang Besar Daerah Gombak Tan Sri Dato' Paduka Raja Wan Mahmood Pa'Wan Teh memeriksa tekanan darah sempena sambutan Hari Warga Emas Sedunia peringkat Selangor 2023 dan Kempen Sihat Milik Selangor 3.0 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 1 Oktober 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau ditemui selepas sambutan Hari Warga Emas Sedunia peringkat Selangor dan Kempen Sihat Milik Selangor 3.0 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini hari ini.

Lukanisman turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mengamalkan pengambilan makanan sihat bagi mengelak risiko penyakit berbahaya.

"Saya ada lihat beberapa video tular orang buat air, iaitu campuran beberapa jenis minuman manis di dalam sebuah balang.

"Tidak elok untuk kita minum minuman itu kerana kandungan gulanya sangat tinggi," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619