AGENDA

Tingkat SOP selenggara kemudahan sukan, elak kemalangan di sekolah

30 Sep 2023, 2:00 PM
Tingkat SOP selenggara kemudahan sukan, elak kemalangan di sekolah

KUALA LUMPUR, 30 SEPT: Prosedur operasi standard (SOP) penyelenggaraan terhadap kemudahan sukan di sekolah akan ditingkatkan bagi memastikan kawasan sekolah adalah sifar kemalangan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) juga akan memastikan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah serta pihak sekolah memantau seluruh infrastruktur sukan dan padang sekolah berada dalam keadaan selamat untuk kegunaan para pelajar.

"Pihak pentadbir sekolah hendaklah sentiasa mengingatkan para pelajar untuk sentiasa waspada ketika melakukan aktiviti di luar kelas," katanya menerusi hantaran di akaun Facebook beliau hari ini.

Dalam masa sama, Fadhlina mengucapkan takziah kepada keluarga seorang murid berusia 11 tahun yang meninggal dunia selepas ditimpa besi palang gol ketika aktiviti kokurikulum bersama-sama rakan sekelasnya di Sekolah Kebangsaan St. Anthony, di Bintulu, Sarawak, semalam.

"Saya memberi jaminan, KPM menerusi JPN akan menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa," katanya.

Fadhlina turut berkata KPM akan memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia bagi membantu siasatan berkaitan insiden itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619