AGENDA

KPM: Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Februari

19 Feb 2025, 2:42 AM
KPM: Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Februari

PUTRAJAYA, 19 FEB: Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM) tahun 2024 bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) akan dikeluarkan pada 26 Feb ini dan boleh diperoleh dari sekolah masing-masing mulai 10 pagi.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2024 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 7 Jan lepas.

Seramai 4,886 MBPK dari 841 sekolah di seluruh negara telah menamatkan persekolahan bagi sesi akademik 2024/2025 dan layak menerima SASM.

“KPM sentiasa komited untuk terus memastikan ekuiti dan kesamarataan pendidikan terjamin untuk semua murid seperti terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,” menurut kenyataan itu.

KPM berkata SASM adalah cerminan agenda pendidikan manusiawi kementerian bagi memastikan akses pendidikan yang terbaik untuk semua murid dan tiada siapa yang terpinggir.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619