AGENDA

Pelumba berbasikal trek negara hadiah pingat gangsa ketiga buat negara

29 Sep 2023, 12:54 PM
Pelumba berbasikal trek negara hadiah pingat gangsa ketiga buat negara

HANGZHOU, 29 SEPT: Jaguh berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom mempamerkan aksi menarik untuk meraih pingat gangsa acara keirin lelaki Sukan Asia Hangzhou 2022 di Velodrom Chun’an Jieshou malam ini.

Pelumba berusia 27 tahun itu menamatkan saingan dengan 1.481 saat (s) di belakang pemenang pingat emas Zhou Yu dari China (9.722s) dan Kang Seojun dari Korea Selatan yang meraih perak (+1.474s).

Ini merupakan pingat gangsa kedua individu yang diraih pelumba kelahiran Johor itu, selepas melakukannya dalam acara pecut semalam.

Terdahulu, Muhammad Shah Firdaus mengungguli saringan ketiga pusingan pertama sebelum memenangi saringan kedua peringkat separuh akhir.

Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis menamatkan saingan di tempat kelapan.

Sementara itu, dalam acara pecut individu wanita, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menamatkan saingan di tempat kelima manakala Anis Amira Rosidi pula di tempat ketujuh.

Abdul Azim Aliya dan Muhammad Yusri Shaari yang bersaing dalam acara madison lelaki akhir, menamatkan saingan di tempat ketujuh dengan mengumpul dua mata.

Pingat emas dimenangi gandingan pelumba Jepun, diikuti Korea Selatan manakala gangsa menjadi milik Kazakhstan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619