BERITA UTAMA

Eko dan agropelancongan di utara, selatan Selangor diperhebat

23 Sep 2023, 4:00 AM
Eko dan agropelancongan di utara, selatan Selangor diperhebat
Eko dan agropelancongan di utara, selatan Selangor diperhebat

SHAH ALAM, 23 SEPT: Kerajaan Negeri bakal memperhebat promosi eko dan agropelancongan di anjung utara dan selatan Selangor mulai tahun depan seiring Tahun Melawat Selangor 2025.

EXCO Pelancongan Ng Suee Lim berkata langkah itu termasuk mewujudkan pakej penginapan tiga hari dua malam ke kawasan berkenaan disertai pelbagai aktiviti.

"Tahun depan kita akan tumpu kepada segmentasi eko dan agropelancongan di anjung utara Selangor kerana di sini terdapat Rancangan Selangor Pertama (RS-1) meliputi projek Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA).

"Selain itu, turut diberi tumpuan kepada anjung selatan negeri ini iaitu di mana terletaknya lapangan terbang sebagai pintu masuk utama negara kemudian disusuli dengan kawasan tengah seperti di Hulu Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian ketika program sesi bertemu media dan townhall kakitangan Tourism Selangor bersama EXCO Pelancongan di Bangunan Darul Ehsan di sini semalam.

[caption id="attachment_578169" align="alignnone" width="766"] Padihijau Homestay, Sabak Bernam[/caption]

Sebelum ini, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor memperkenal kempen 'Nak Bercuti, Pusing Selangor Dulu!' yang menawarkan pelbagai segmentasi pelancongan untuk menggamit pelancong.

Sementara di peringkat global pula agensi itu turut memperkenalkan kempen 'Splendid Selangor, Take Me Anywhere!' dan dua kempen dilancarkan pada 2020 ini terus memberi impak yang positif.

Terdahulu, Suee Lim yang menyandang portfolio berkenaan sejak 23 Ogos lalu menyasarkan lapan juta kemasukan pelancong asing ke negeri ini sempena Tahun Melawat Selangor 2025.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619