AGENDA

Jiwai semangat perubahan, selamatkan bangsa, negara

21 Sep 2023, 12:21 AM
Jiwai semangat perubahan, selamatkan bangsa, negara
Jiwai semangat perubahan, selamatkan bangsa, negara

PETALING JAYA, 21 SEPT: Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mahu ahli parti itu terus menjiwai semangat perubahan bagi menyelamatkan bangsa dan negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengingatkan semangat perjuangan dan idealisme reformasi harus kental tetap semarak di hati sanubari mereka.

“Saya ingin mengingatkan rakan-rakan bahawa semangat perjuangan, idealisme reformasi harus kental tetap semarak di hati sanubari kita.

“Kita lalui zaman yang penuh getir itu dengan ledakan suara reformasi.

“Saya harap rakan reformis awal dan anak-anak muda dapat terus menjiwai semangat perubahan untuk menyelamatkan bangsa dan negara,” katanya dalam rakaman ucapan pada sambutan Jubli Perak 25 tahun reformasi di Auditorium Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi.

[caption id="attachment_603854" align="aligncenter" width="812"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap ketika Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Reformasi dan Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahun Cabang Wanita dan AMK Keadilan Negeri Selangor 2023 di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 20 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Perdana Menteri berkata Malaysia perlu kekal hidup sebagai negara yang bersatu dan memacu pertumbuhan menjadi negara yang maju dan cemerlang di rantau ini.

“Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan kepada saudara Amirudin Shari (Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor) yang jadikan acara ini sebagai acara untuk mengingat, menyantuni dan menghargai pejuang reformasi awal,” katanya.

Anwar kini dalam lawatan kerja ke New York, Amerika Syarikat (AS) untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

Sambutan Jubli Perak 25 Tahun KEADILAN Selangor malam tadi berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 1,000 ahli.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619