AGENDA

Hayati semangat Hari Malaysia dengan rasa cinta kepada negara, perteguh perpaduan kaum - PM

16 Sep 2023, 5:59 AM
Hayati semangat Hari Malaysia dengan rasa cinta kepada negara, perteguh perpaduan kaum - PM

KUALA LUMPUR, 16 SEPT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa seluruh rakyat untuk menghayati semangat Hari Malaysia tahun ini dengan rasa cinta yang mendalam terhadap negara, sikap ihsan dan kasih sayang serta perteguh perpaduan antara kaum.

Menerusi catatan di Facebooknya hari ini, Anwar yakin negara ini kuat dan mampu melonjak ke depan sekiranya seluruh rakyat berani menolak sikap prasangka dan memupuk persefahaman serta kasih sayang.

"Selamat Hari Malaysia kepada seluruh anak bangsa! Segulai sejalai," menurut catatan itu.

Hari Malaysia tahun ini disambut dengan tema sama Hari Kebangsaan 2023 iaitu "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan", manakala frasa bahasa Iban di Sarawak “Segulai Sejalai” yang bermaksud seiring sejalan pula adalah cogan kata perpaduan untuk seluruh negara.

Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan kali ini diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak malam ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619