AGENDA

KoHijrah lancar jualan rakyat, tawar 120 jenis sayur segar serendah RM1

11 Sep 2023, 6:02 AM
KoHijrah lancar jualan rakyat, tawar 120 jenis sayur segar serendah RM1
KoHijrah lancar jualan rakyat, tawar 120 jenis sayur segar serendah RM1

SHAH ALAM, 11 SEPT: Orang ramai dipelawa berkunjung ke Laman Niaga Usahawan KoHijrah di Seksyen 15 di sini bagi mendapatkan 120 jenis sayuran pada harga serendah RM1 hingga RM5.

Pengurus Besar Koperasi Warga Hijrah (KoHijrah) Mohammad Syukri Ismail berkata program Sayur Segar KoHijrah Jualan Rakyat yang beroperasi mulai hari ini dibuka setiap hari bermula jam 6 pagi hingga 9 malam.

"Semua sayuran ini kita bawa segar dari ladang 75 pekebun atau usahawan KoHijrah di sekitar Kuala Langat dan Johan Setia, Shah Alam.

"Objektif jualan ini dibuat bagi membantu para usahawan memasarkan produk mereka termasuk menyantuni rakyat yang terkesan dengan masalah kenaikan harga barangan pada masa kini," katanya.

[caption id="attachment_602416" align="alignnone" width="850"] Orang ramai berbelanja pada program Sayur Segar KoHijrah Jualan Rakyat di Laman Niaga Usahawan KoHijrah Seksyen 15 Shah Alam pada 11 September 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM[/caption]

Mohammad Syukri berkata pihaknya bercadang mahu menambah barangan lain antaranya ayam, ikan, telur dan buah-buahan segar yang akan dijual pada harga lebih rendah kelak.

"Insya-Allah, sekiranya mendapat sambutan kita juga bercadang untuk membuka pasar segar seperti ini di Seksyen 32 Shah Alam dan Morib pada masa akan datang," katanya.

Selain jualan barangan asas, Laman Niaga KoHijrah turut menyediakan 32 lot kedai yang menjual pelbagai produk usahawan bimbingannya.

Dibuka dari jam 9 pagi hingga 9 malam, antara produk tersebut adalah kraftangan, pembuatan hamper, makanan, minuman, bundle dan perkhidmatan 'lokal barber'.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619