AGENDA

Program jualan murah di Kampung Bukit Naga, Shah Alam Sabtu ini

16 Jun 2022, 12:25 PM
Program jualan murah di Kampung Bukit Naga, Shah Alam Sabtu ini
Program jualan murah di Kampung Bukit Naga, Shah Alam Sabtu ini

SHAH ALAM, 16 JUN: Jelajah Jualan Ehsan yang menawarkan barangan asas segar dengan harga murah berbanding pasaran diadakan di tapak parkir Masjid Al-Bakri, Kampung Bukit Naga, Shah Alam Sabtu ini.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan jualan dari jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari menjual pelbagai barangan antaranya ayam, ikan, daging, buah dan sayuran.

Jualan tersebut menawarkan ayam potong dengan harga  RM10 per 800 gram atau RM25 (dua kilo), daging/tulang segar (RM33 perkilogram), telur ayam gred B (RM12 sepapan) dan ikan kembung/selayang (RM8 perkilogram).

Pada 19 Mei, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Program Intervensi Ehsan berjaya memanfaatkan seramai 60,000 keluarga sejak dilaksana Disember tahun lalu di lebih 50 lokasi negeri ini.

Inisiatif berkonsepkan Jualan Prihatin Rakyat bertujuan meringankan beban serta memberi peluang kepada rakyat mendapatkan bekalan makanan segar seperti ayam, ikan, daging, telur dan sayur-sayuran secukupnya.

Selain itu, jumlah ayam untuk jualan murah turut ditingkatkan dari 10,000 kepada 20,000 ekor sehari bermula Mei susulan permintaan tinggi di Selangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619