BERITA UTAMA

Kumpul dana bina pusat jagaan, RMS tawan puncak gunung di Tanzania

9 Sep 2023, 12:00 AM
Kumpul dana bina pusat jagaan, RMS tawan puncak gunung di Tanzania
Kumpul dana bina pusat jagaan, RMS tawan puncak gunung di Tanzania

SHAH ALAM, 9 SEPT: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor menakluk puncak gunung di Tanzania dalam usaha mengumpul dana bagi pembinaan pusat penjagaan kanak-kanak berdepan masalah pendengaran dan pertuturan.

Pendakian Tengku Amir Shah ke puncak Gunung Kilimanjaro setinggi 5,895 meter diiringi sepupu Engku Panglima Setia Diraja Dato’ Syed Haizam Jamalullail; kekanda ipar Dato’ Setia Aubry Rahim Mennesson; Orang Besar Istana Tengku Ezrique Ezzuddean dan rakan Baginda, Keong Yeen Keoh.

[caption id="attachment_601961" align="alignleft" width="296"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (dua, kiri) bergambar di puncak Gunung Kilimanjaro, Tanzania pada 8 September 2023. Foto Facebook Selangor Royal Office[/caption]

"Antara penggerak utama misi meraih dana menerusi ekspedisi ini yang bermula pada 31 Ogos lalu adalah berpunca daripada kos rawatan yang tinggi yang terpaksa dihadapi oleh keluarga kanak-kanak yang berdepan masalah pendengaran dan pertuturan.

"Ini termasuk anak perempuan Syed Haizam yang menghidapi masalah sama sejak usia tiga tahun," tulis Selangor Royal Office di Facebook.

Pada 2012, Tengku Amir pernah menyertai ekspedisi hampir serupa ke Gunung Kinabalu bersama 23 kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) dari Cheshire Home.

Mereka yang ingin menyumbang kepada dana pembinaan pusat jagaan yang bertempat di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam boleh melayari pautan ini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619