AGENDA

Pemain serang pengadil futsal sudah dikenal pasti

4 Sep 2023, 7:23 AM
Pemain serang pengadil futsal sudah dikenal pasti

KUALA LUMPUR, 4 SEPT: Polis sudah mengenal pasti suspek yang disyaki terlibat menyerang pengadil futsal, ketika mengadili perlawanan di sebuah kompleks sukan di Jalan PJU 1A/4 Ara Damansara, Petaling Jaya Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata suspek berusia awal 20-an itu, akan dipanggil untuk membantu siasatan dalam masa terdekat.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera yang boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Mohamad Fakhrudin berkata mangsa berumur lingkungan 40-an, telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada 12.12 tengah malam, Khamis lalu.

Mohd Fakhrudin berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, telah mengesan satu video berdurasi 13 saat memaparkan kejadian tersebut, yang tular di aplikasi Instagram milik akaun Majoritiofficial dengan tontonan 17,300 dan dikongsi oleh 78 orang setakat semalam.

Dalam video itu, pengadil terbabit pada awalnya dilihat melayangkan kad merah kepada seorang penjaga gol, susulan melakukan kekasaran terhadap pemain lawannya dalam perlawanan itu, sebelum seorang pemain dipercayai berada di tepi gelanggang secara tiba-tiba meluru masuk dan menyerang menggunakan lutut ke arah belakang badan pengadil berkenaan seperti ala ‘Muay Thai’.

Mohamad Fakhrudin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619