AGENDA

Remaja perempuan diselamatkan, tinggal dalam stor besi buruk hampir 11 bulan

10 Mei 2023, 9:10 AM
Remaja perempuan diselamatkan, tinggal dalam stor besi buruk hampir 11 bulan

PETALING JAYA, 10 MEI: Polis menyelamatkan remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilarikan kekasihnya berusia 23 tahun sejak Julai lalu dalam serbuan di sebuah di stor besi buruk di Banting.

Remaja itu dipercayai dilarikan teman lelakinya itu dari rumahnya di Desa Mentari di sini Julai lalu dan tinggal bersama suspek di stor berkenaan sejak itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, motif kejadian dipercayai suspek yang bercinta dengan mangsa sejak 2014 mengesyaki remaja berkenaan mempunyai teman lelaki lain, lapor Berita Harian.

"Dipercayai mangsa memang mengikut suspek namun kes disiasat mengikut Seksyen 52 Akta Kanak-kanak 2001 kerana mangsa berusia 17 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil maklumat risikan, polis berjaya mengesan dan menahan suspek di sebuah kampung di sekitar Banting dan berjaya menemui mangsa di Jalan Bukit Perah, Kampung Olak Lempit, Banting.

Katanya, sepanjang dilaporkan hilang mangsa tidak pernah menghubungi keluarganya dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti jika berlaku perlakuan seksual.

"Mangsa ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

"Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai besi buruk tidak mempunyai rekod lampau," katanya.

Fakhrudin berkata, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan berikutan suspek membuat ugutan bahawa ibu mangsa hanya akan bertemu dengan anaknya hanya selepas mangsa mati.

"Suspek direman dua hari pada 9 dan 10 Mei bagi membantu siasatan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619