AGENDA

Kes demam denggi turun kepada 2,248 minggu lalu, satu kematian

30 Ogos 2023, 9:56 AM
Kes demam denggi turun kepada 2,248 minggu lalu, satu kematian

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Sebanyak 2,248 kes demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi ke-33 (ME33) bagi tempoh 13 hingga 19 Ogos, menurun sebanyak 239 kes atau 9.6 peratus berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata dalam tempoh sama, satu kes kematian dilaporkan akibat komplikasi demam denggi.

Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME33 adalah 75,928 kes berbanding 35,330 kes bagi tempoh sama pada 2022, iaitu peningkatan 115 peratus atau 40,598 kes.

“Sejumlah 54 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 22 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bilangan lokaliti “hotspot” meningkat kepada 74 berbanding 73 pada minggu sebelumnya, iaitu 53 lokaliti di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (17), Negeri Sembilan (dua) dan masing-masing satu di Sabah dan Perak.

Mengenai survelan chikungunya, Dr Muhammad Radzi berkata dua kes direkodkan pada ME33 menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya sebanyak 156 kes setakat ini.

“Manakala, bagi survelan zika, sebanyak 2,026 sampel darah dan 153 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619