AGENSI

185 pelajar MSU bersih taman rekreasi paya bakau di Klang

27 Ogos 2023, 2:00 PM
185 pelajar MSU bersih taman rekreasi paya bakau di Klang
185 pelajar MSU bersih taman rekreasi paya bakau di Klang

SHAH ALAM, 27 OGOS: Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) menghargai komitmen 185 penuntut Management Science University (MSU) membersih Taman Rekreasi Mangrove Point, Klang bagi memelihara lokasi ekopelancongan.

Menerusi projek Komuniti Servis dengan kerjasama Pejabat Hutan Daerah Pantai Klang, pelajar terbabit mengeluarkan 510 kilogram sampah selain menanam 150 anak pokok bakau bagi mengindahkan kawasan itu.

Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) menerusi Facebook memaklumkan program itu mampu memupuk kesedaran kepada pelajar berhubung kepentingan dan cabaran memelihara hutan paya pakau.

“Berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka atas usaha ini. Kerja keras anda membersihkan sampah dan menanam anak pokok bakau sangat dihargai.

“Kami harap anda semua menikmati pengalaman ini. Kami percaya usaha ini dapat memastikan kelangsungan peranan hutan paya bakau yang merupakan ekosistem penting demi generasi akan datang,” katanya.

[caption id="attachment_600107" align="alignnone" width="826"] Pelajar Management Science University (MSU) membersihkan kawasan sekitar Taman Rekreasi Mangrove Point, Klang melalui projek Komuniti Servis pada 16 Ogos 2023. Foto Facebook Selangor Maritime Gateaway[/caption]

Taman Mangrove Point dilengkapi laluan pejalan kaki sepanjang satu kilometer, yang membolehkan pengunjung menerokai keindahan hutan paya bakau yang subur di sepanjang Sungai Klang.

Lokasi yang dibangunkan menerusi projek SMG diiktiraf Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) dalam Anugerah Seni Bina Landskap Malaysia menerusi kategori Analisis dan Kajian Landskap pada 2019.

Sebelum ini, EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim memaklumkan taman yang dibangunkan dengan kos RM10 juta itu dilengkapi surau, tandas, kawasan perkhemahan dan riadah selain aktiviti memancing.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619