AGENSI

Usaha negeri pulih Sungai Klang raih emas dalam anugerah alam sekitar

25 Apr 2023, 8:44 AM
Usaha negeri pulih Sungai Klang raih emas dalam anugerah alam sekitar

SHAH ALAM, 25 APRIL: Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) pelaksana inisiatif Gerbang Maritim Selangor (SMG) memenangi anugerah emas untuk kelestarian dalam kerajaan pada majlis anugerah alam sekitar berprestij, Green World Awards 2023.

Dalam satu kenyataan hari ini, LLSB berkata ia bersaing dengan lebih 500 pencalonan lain dari seluruh dunia dalam edisi anugerah tahun ini, atas usaha penambahbaikan Sungai Klang untuk menjadikannya berdaya maju bagi peluang ekonomi baharu dan untuk kesejahteraan sosial masyarakat sekitar sungai.

Menurut syarikat itu, hasil daripada kejayaan anugerah tersebut, LLSB telah dipelawa menyertai pergerakan Duta Green World dan kertas kemenangan mereka diterbitkan dalam The Green Book, rujukan antarabangsa terkemuka mengenai amalan terbaik alam sekitar.

Norita Mohd Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Diperbadankan), syarikat pemegangan LLSB, menerima trofi dan sijil penghargaan anugerah itu bersama-sama Pengarah Perkhidmatan Korporat LLSB Nini Shazrina Ahmad Shamli pada majlis yang berlangsung di Miami, Amerika Syarikat pada 24 April.

Anugerah itu disampaikan oleh pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Green Organisation, Roger Wolens.

Ini adalah anugerah antarabangsa kedua yang dimenangi oleh LLSB untuk projek SMG. Syarikat itu sebelum ini memperoleh perak untuk Inisiatif Kelestarian Kerajaan Terbaik di Anugerah Kelestarian Teluk 2022.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619