AGENDA

Negeri tekad pastikan penghuni rumah bertingkat nikmati hidup selesa

25 Ogos 2023, 12:03 PM
Negeri tekad pastikan penghuni rumah bertingkat nikmati hidup selesa
Negeri tekad pastikan penghuni rumah bertingkat nikmati hidup selesa

AMPANG JAYA, 25 OGOS: Kerajaan Negeri sentiasa beriltizam bagi memastikan penghuni perumahan strata menikmati kehidupan yang selesa dan kondusif.

EXCO perumahan berkata Kerajaan Negeri menganjur pelbagai program bermanfaat saban tahun bagi memastikan iltizam itu terlaksana.

Menurut Borhan Aman Shah, program yang direncana berunsur pendidikan, skim bantuan baik pulih serta beberapa program sokongan bagi memudahkan urus tadbir harian.

“Program pertama ialah program pendidikan. Ia dilaksana secara kolaborasi antara pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB).

“Selain itu, program baik pulih di bawah Skim Ceria pula telah dilaksanakan sejak 2011, dan sebanyak RM123.7 juta telah diperuntukkan pada 2023 sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Perumahan Berstrata Terbersih dan Terindah Ampang Jaya 2023 di Jelatek di sini hari ini.

[caption id="attachment_599794" align="alignnone" width="788"] EXCO Perumahan dan Kebudayaan Borhan Aman Shah bergambar bersama pemenang dan penerima ketika Majlis Anugerah Perumahan Berstrata Terbersih dan Terindah 2023 dan Anugerah Strata Ampang Jaya 2023 di Temu Jelatek, Kuala Lumpur pada 25 Ogos 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGOR[/caption]

Borhan menambah, Kerajaan Negeri menawar program penggantian dan pemasangan sistem lampu diod pemancar cahaya (LED) atau solar menerusi program Inisiatif Bangunan Hijau Ke Arah Kesejahteraan Bandar.

Jelasnya, program itu dapat membantu penjimatan tenaga elektrik dan pengurangan bayaran bil bulanan elektrik bangunan dalam satu tempoh jangka masa panjang.

“Ada beberapa kriteria yang perlu dipenuhi. Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang berminat boleh membuat permohonan di LPHS atau di pejabat COB, pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Pada Julai tahun lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Rancangan Selangor Pertama (RS-1) antara lain memberi fokus untuk mencapai pelepasan sifar karbon menjelang 2050.

Kempen sepanjang lima tahun itu melibatkan bangunan strata kediaman kerajaan pusat dan swasta, bangunan pejabat, hospital, sekolah, kolej, universiti, stadium, pasar, pusat membeli-belah serta kilang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619