AGENDA

KPKT agih RM12.76 juta senggara kemudahan rumah strata di Selangor

18 Jul 2023, 7:08 AM
KPKT agih RM12.76 juta senggara kemudahan rumah strata di Selangor

PETALING JAYA, 18 JULAI: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntuk RM12.76 juta bagi menyelenggara dan membaik pulih kemudahan perumahan berstrata di Selangor.

Menterinya berkata projek membabitkan Program Perumahan Rakyat (PPR), perumahan awam dan swasta, dengan dana disalurkan kepada Lembaga Perumahan Negeri Selangor serta pihak berkuasa tempatan.

“Ini bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan penduduk sentiasa terjamin selain penyediaan persekitaran yang kondusif,” kata Nga Kor Ming dalam sebuah program di PPR Kota Damansara hari ini.

Dalam lawatannya ke perumahan terbabit, sebanyak 12 unit lif baharu di empat blok diganti dengan kos RM3.7 juta, yang akan memanfaatkan penghuni di 1,152 unit rumah.

Menurut Kor Ming, ruang komuniti turut diwujudkan di Blok C PPR berkenaan, yang turut dilengkapi meja, kerusi serta ruang bacaan untuk aktiviti sosial penduduk.

“Kerjasama rakan strategik yang menyumbang bagi baik pulih besi penghadang di lereng bukit dan papan tanda selain pondok kawalan dan gelanggang serbaguna juga amat dihargai,” katanya.

Sementara itu, penduduk PPR Kota Damansara Hazilawati Zakaria, 40, berkata penggantian lif baharu melegakan penghuni yang berdepan masalah berkenaan bertahun lalu.

“Sebelum ini dalam seminggu pasti dua tiga kali lif rosak, hanya satu berfungsi. Jadi sangat azab untuk turun naik dari tingkat sembilan terutama hantar anak ke sekolah,” katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619