BERITA UTAMA

Ganda usaha tingkat prestasi atlet, Selangor sasar juara SUKMA tahun depan

24 Ogos 2023, 7:00 AM
Ganda usaha tingkat prestasi atlet, Selangor sasar juara SUKMA tahun depan
Ganda usaha tingkat prestasi atlet, Selangor sasar juara SUKMA tahun depan
Ganda usaha tingkat prestasi atlet, Selangor sasar juara SUKMA tahun depan

Oleh AMIRUL FAZLI

SHAH ALAM, 24 OGOS: Selangor terus mengandakan usaha bagi memastikan persiapan dan prestasi atletnya berada di landasan tepat bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak tahun depan.

EXCO Sukan Najwan Halimi berkata pihaknya meletakkan sasaran untuk menjadi juara seperti yang pernah dicapai dalam temasya sama pada 2016.

[caption id="attachment_599567" align="aligncenter" width="751"] EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan Mohd Najwan Halimi berucap pada majlis penyerahan tugas portfolio Belia dan Sukan di Majlis Sukan Negeri Selangor, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam pada 24 Ogos 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Saya baru mendapat taklimat berkenaan persiapan kontijen dan akan menambah baik persedian para atlet kita dari semasa ke semasa.

"Kita pernah menjadi juara keseluruhan pada SUKMA Sarawak pada 2016 dan berharap kali ini akan merampas kembali juara keseluruhan tersebut," katanya ketika di temui di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor di sini.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis penyerahan tugasan portfolio Belia dan Sukan dari mantan EXCO Mohd Khairuddin Othman.

[caption id="attachment_599565" align="aligncenter" width="812"] EXCO Pembangunan Generasi Muda dan Sukan Mohd Najwan Halimi bergambar bersama Mantan EXCO Mohd Khairuddin Othman dan kakitangan Majlis Sukan Negeri Selangor sempena majlis penyerahan tugas portfolio Belia dan Sukan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam pada 24 Ogos 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Mengulas mengenai potfolio yang disandangnya, wakil rakyat Kota Anggerik itu tekad meneroka potensi dan perkembangan semasa dalam memperkasa belia dan sukan negeri ini.

"Kita sedia maklum teras asas portfolio ini adalah sukan dan juga pembangunan belia dan pada masa ini cabarannya agak berbeza kerana apabila kita sebut sahaja belia ia tidak semestinya dikaitkan dengan sukan semata-mata.

"Jadi saya perlu melihat skop yang lebih besar seperti kerjaya, pendidikan dan ekonomi," katanya.

Selangor muncul juara SUKMA di Sarawak pada 2016 apabila meraih 59 emas, 73 perak dan 63 gangsa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619