AGENDA

Lapan waris nahas pesawat layak terima pampasan Perkeso - Sivakumar

23 Ogos 2023, 1:38 PM
Lapan waris nahas pesawat layak terima pampasan Perkeso - Sivakumar

KUALA LUMPUR, 23 OGOS: Lapan keluarga daripada 10 mangsa nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam layak menerima pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata seorang waris akan menerima Faedah Pencen Penakat di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan enam waris layak menerima Faedah Orang Tanggungan di bawah akta berkenaan.

“Seorang lagi waris layak menerima dua faedah iaitu Faedah Orang Tanggungan di bawah Akta Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Akta 789) dan Pencen Penakat.

“Sementara itu, dua mangsa tidak menerima pampasan Perkeso kerana seorang berkhidmat sebagai penjawat awam manakala seorang lagi tidak mencarum di agensi berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sivakumar berkata Perkeso telah menguruskan pembayaran Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 kepada waris tujuh individu yang terlibat dalam nahas itu manakala pembayaran kepada seorang lagi waris masih tertangguh kerana menunggu maklum balas daripada keluarga berkenaan.

Pada 17 Ogos lepas, 10 individu terkorban dalam nahas itu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun.

Mangsa yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing ialah penunggang p-hailing dan pemandu e-hailing, yang menggunakan lebuh raya berkenaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619