ADN

Wakil rakyat Seri Serdang mahu selesai isu kesesakan jalan raya

22 Ogos 2023, 5:23 AM
Wakil rakyat Seri Serdang mahu selesai isu kesesakan jalan raya

SHAH ALAM, 22 OGOS: Menyelesai masalah kesesakan jalan raya antara tumpuan wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang bagi meningkatkan keselesaan penduduk.

Abbas Azmi berkata pihaknya telah bertemu Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Wilayah Tengah bagi kemukakan cadangan hasil perbincangan dengan persatuan penduduk untuk kajian dan tindakan.

“Saya telah mengadakan pertemuan bersama Pengarah LLM Wilayah Tengah, (Ir Dr Mohammed Ridzuan Jahidin) bagi membincangkan perkara berkaitan kesesakan jalan raya terutamanya di sepanjang Lebuhraya Damansara Puchong (LDP),” katanya di Facebook.

Tambah beliau, pihaknya akan mengadakan sesi pertemuan dengan agensi lain yang terlibat dari semasa ke semasa bagi menyelesai permasalahan tersebut dengan lebih mendalam.

Dalam pilihan raya negeri lalu, Abbas yang juga calon Pakatan Harapan (HARAPAN) memenangi kerusi DUN berkenaan selepas meraih 37,411 undi menewaskan Mohd Shukor (Perikatan Nasional) dan Amir Hadi (Muda).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619