ADN

ADN: Sokong usaha anjur SUKMA 2026, naik taraf kemudahan sukan di Seri Serdang

12 Feb 2025, 4:20 AM
ADN: Sokong usaha anjur SUKMA 2026, naik taraf kemudahan sukan di Seri Serdang

SHAH ALAM, 12 FEB: Ahli Dewan Negeri Seri Serdang menumpukan usaha menyelenggara dewan dan gelanggang sedia ada menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 tahun depan.

Wakil rakyatnya Abbas Azmi berkata Seri Serdang memiliki beberapa kemudahan sukan yang sesuai untuk menganjurkan termasya dwitahunan tersebut termasuk untuk acara dalam dewan.

“Sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor, usaha telah dimulakan dengan perasmian padang bola sintentik di Bukit Puchong minggu lepas.

“Kini saya sedang melobi kepada pihak MSN Selangor untuk menjadikan Seri Serdang sebagai salah satu gelanggang SUKMA 2026. Dewan serba guna MBSJ sesuai digunakan untuk kejohanan dalam dewan,” katanya kepada Media Selangor.

Kali terakhir Selangor menjadi tuan rumah sukan berprestij itu pada 1998.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Sri Amirudin berkata pentadbiran menganggar kos lebih RM150 juta diperuntuk bagi menganjur temasya SUKMA kali ini selain penggunaan 90 peratus infrastruktur di Selangor.

Ditanya mengenai harapan pada tahun ini, Abbas mahu seluruh pihak terus menyokong terhadap dasar-dasar yang dirangka Kerajaan Negeri untuk mengukuhkan ekonomi dan memelihara kebajikan rakyat.

“Selain itu, saya berharap rakyat berfikiran matang dalam menilai sebarang isu dengan waras. Kita bukan sahaja mahu maju dari segi infrastruktur serta ekonomi tetapi kita mahu juga kehadapan tahap pemikiran,” ujarnya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619