AGENSI

Infrasel teruskan kerja baik pulih, turap jalan di Sabak Bernam

17 Ogos 2023, 4:30 AM
Infrasel teruskan kerja baik pulih, turap jalan di Sabak Bernam
Infrasel teruskan kerja baik pulih, turap jalan di Sabak Bernam

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 17 OGOS: Projek turapan mega yang giat dilaksana di seluruh negeri sejak Mei lalu diteruskan Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) di Sabak Bernam.

Syarikat penyelenggara jalan negeri memaklumkan kerja penurapan semula dilaksanakan di Jalan Tepi Sekolah, Kampung Belia 1 mulai semalam.

"Kerja baikpulih dan menurap semula jalan sempena #TurapanMegaSelangor2023 sedang dilaksanakan di Jalan Tepi Sekolah, Kampung Belia 1, Sabak Bernam dengan perletakan 'crusher run' (campuran batuan, pasir dan debu) 70 peratus selesai. Demi keselesaan semua," maklumnya di Twitter.

Selain turapan jalan, agensi itu turut melaksanakan kerja pembersihan longkang (R07) di Jalan Kampung Limau Manis, Sepang pada 14 Ogos lalu.

[caption id="attachment_598231" align="aligncenter" width="739"] Kakitangan Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menjalankan kerja pembersihan longkang di Jalan Kampung Limau Manis, Sepang bagi memastikan sistem saliran air dalam keadaan baik pada 14 Ogos 2023. Foto Twitter Infrasel[/caption]

Pada 21 Julai Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan pentadbiran negeri menerusi Infrasel berjaya menyelesaikan lebih 80 peratus masalah jalan raya di Selangor.

Menurut Amirudin syarikat penyelenggara itu dianggarkan menerima antara 600 hingga 700 laporan jalan rosak setiap bulan, sejak ditubuhkan dua tahun lalu.

Dalam pada itu, Amirudin berkata hampir 40 peratus kerja turapan jalan menerusi projek mega yang dilaksana sejak Mei lalu selesai mengikut jadual dan dijangka siap selewat-lewatnya bulan depan.

Sebelum ini, EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim memaklumkan kerja turapan jalan rosak dilaksana secara besar-besaran di sembilan daerah meliputi jarak 94.9km, bermula bulan lalu.

Beliau berkata projek melibatkan 118 jalan merangkumi jalan pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran serta bawah daerah, yang dijangka siap hujung bulan ini.

Jalan terlibat meliputi 66 di Petaling diikuti Klang (39), Gombak (29), Hulu Langat (27), Sepang (19), Sabak Bernam (17), Kuala Langat (16), Kuala Selangor (11) dan Hulu Selangor (lapan).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619