AGENSI

Infrasel baiki lampu, jalan rosak di tiga lokasi selepas 24 jam terima aduan

17 Jul 2024, 2:00 PM
Infrasel baiki lampu, jalan rosak di tiga lokasi selepas 24 jam terima aduan
Infrasel baiki lampu, jalan rosak di tiga lokasi selepas 24 jam terima aduan

SHAH ALAM, 17 JULAI: Beberapa laluan dan lampu jalan rosak siap dibaiki syarikat penyelenggara jalan negeri Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) selepas 24 jam menerima aduan orang ramai di laman X.

Infrasel memaklumkan, pihaknya siap menurup laluan rosak di B13 Jalan Serdang Perdana semalam dan membaiki lampu jalan rosak di (B13) Jalan Ayer Itam, Sepang, kelmarin.

Syarikat itu turut memaklumkan, laluan rosak di Jalan Utama Kelompok, Pulau Meranti, Sepang juga siap diturap pada 13 Julai.

“Teruskan membuat aduan dengan memuat naik ciapan di laman X bersama hashtag #INFRASEL #NamaJalan #Daerah,” menurut agensi itu di laman X.

[caption id="attachment_652668" align="aligncenter" width="813"] Pekerja Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) membaiki lampu jalan di (B13) Jalan Ayer Itam, Sepang pada 16 Julai 2024 selepas 24 jam menerima aduan orang ramai. Foto X Infrasel[/caption]

Infrasel diberi tanggungjawab menyenggara jalan negeri seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor demi keselesaan pengguna.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar menggalakkan orang ramai melaporkan kejadian jalan rosak di komuniti masing-masing menerusi laman X.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, proses pelaporan kerosakan jalan di Selangor dipermudah dengan aduan di platform berkenaan sebelum ditapis dan disemak secara automatik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619