PBT

Hadiah wang tunai menanti peserta Explorace Jejak Warisan Kuala Langat

15 Ogos 2023, 11:50 AM
Hadiah wang tunai menanti peserta Explorace Jejak Warisan Kuala Langat

SHAH ALAM, 15 OGOS: Hadiah wang tunai keseluruhan RM3,870 menanti peserta Explorace Jejak Warisan Kuala Langat 2023 pada 9 September ini.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan program sempena sambutan pengisytiharan perbandaran kali ketiga turut menawarkan hadiah cabutan bertuah.

"MPKL ingin mempelawa warganegara Malaysia bagi menyertai Explorace ini. Sesi pendaftaran masih lagi dibuka sehingga 1 September dan terhad kepada 40 kumpulan.

"Hadiah utama wang tunai sebanyak RM1,300 menanti johan, naib johan (RM930), ketiga (RM730) dan keempat hingga 10 (RM130)," katanya dalam kenyataan.

Orang ramai yang berminat boleh mengisi borang penyertaan melalui https://mpkl.daythree.net/explorace/registration.php.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pegawai Pelancongan MPKL Raja Nurfarhanim Raja Hassanuddin di talian 017-6734374 atau Raja Mohd Hafiz Raja Bulat (014-7062560).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619