ADN

ADN Sungai Pelek turun padang temu rakyat, ikrar beri khidmat terbaik

14 Ogos 2023, 10:32 AM
ADN Sungai Pelek turun padang temu rakyat, ikrar beri khidmat terbaik
ADN Sungai Pelek turun padang temu rakyat, ikrar beri khidmat terbaik

OLEH AMIRUL FAZLI

SHAH ALAM, 14 OGOS: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) Sungai Pelek turun padang bertemu rakyat selain mengenal pasti isu yang boleh diselesaikan segera.

Lwi Kian Keong berkata mandat yang diberikan rakyat adalah tanggungjawab besar dan berikrar akan melaksanakan tugas sebaik mungkin.

“Sebaik berakhir pilihan raya negeri, saya terus berjumpa dengan orang ramai. Saya amat berterima kasih kepada semua pengundi yang menjadi pembakar semangat untuk saya terus berkhidmat.

"Saya juga sudah mengenal pasti beberapa perkara yang perlu dilaksanakan demi keselesaan rakyat. Saya juga mendengar aduan penduduk, kalau boleh diselesaikan segera, kita akan segerakan," katanya kepada Selangorkini.

Kian Keong memenangi kerusi DUN Sungai Pelek dengan menewaska lawannya Dato Suhami Ghazali (Perikatan Nasional) dan Nageswaran Ravi (Bebas)

[caption id="attachment_597838" align="aligncenter" width="716"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Pelek Lwi Kian Keong turun padang bertemu penduduk pada 13 Ogos 2023. Foto Facebook Lwi Kian Keong.[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619