ADN

Atasi kesesakan lalu lintas antara manifesto calon DUN Sungai Pelek

6 Ogos 2023, 12:17 PM
Atasi kesesakan lalu lintas antara manifesto calon DUN Sungai Pelek

Oleh AMIRUL FAZLI

SUNGAI PELEK, 6 OGOS: Pembinaan dan pintasan jalan di beberapa kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek akan memberi kemudahan kepada penduduk untuk mengelak kesesakan lalu lintas pada waktu pagi dan petang.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Lwi Kian Keong berkata ada beberapa kawasan berlaku kesesakan luar biasa dan menyukarkan pergerakan orang ramai.

Disebabkan itu katanya beliau telah melakukan kajian dan yakin manifesto yang ditawarkan itu antara yang terbaik selepas melihat potensi di kawasan berkenaan.

"Contohnya untuk menaik taraf jalan di simpang B48, selepas mendapat maklum balas jurutera, kita boleh siapkan dalam masa dua tahun dari sekarang.

"Antara manifesto lain adalah merancakkan ekonomi setempat, menaikkan industri pelancongan dan pelaksanaan pasar awam," katanya ketika pelancaran manifestonya hari ini.

Beliau yakin boleh memenangi kerusi itu dan sambutan diterima daripada penduduk sangat baik.

"Berbaki beberapa hari saja lagi saya perlu bekerja keras untuk meyakinkan orang ramai dan percaya pada saya untuk galas tanggungjawab selaku wakil rakyat di sini," katanya.

Dalam pilihan raya negeri 12 Ogos ini DUN Sungai Pelek menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Kian Keong, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali (Perikatan Nasional) dan Nageswaran Ravi (BEBAS).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619